raya pertama 1 oct: Sambutan kali ni, biasa je mcm tahun2 sblm ni jugak. Menu makanan adalah spt biasa juga, ketupat, rendang ayam, kuah kacang..kali ni mak masak dendeng daging. dan me myself memasak paru goreng pedas. tak tau nape, rasa teringin plak di pagi raya merasa paru goreng pedas. And as usual jugak, pagi raya pertama kami ke surau kg utk menunaikan solat sunat aidilfitri, after solat terus menziarah kubur arwah atuk sebelah mak dan abah, dah arwah sedara mara yg lain. Rasa syahdu sbb teringat kenangan bersama arwah2 semasa hidup dan teringat jugak satu hari nnti kita juga akan berada di sini. lepas tu, kami makan hidangan raya kami dan sesi bermaafan pun bermula...
After that kami ke rumah nenek kami yg hanya terletak beberapa ratus meter dari rumah. Makcik pakcik yg beraya di rumah nenek kali ni nampaknya dah bersiap2 nk pegi jalan sekeliling kg melawat sedara mara lain. Selalunya kami sekeluarga x join sbb nk pegi rumah nenek lagi satu. So the visit is done separately. Dah selesai lawat nenek2 kami barulah pergi melawat sedara mara lain di kg tu. Lepas tu blk rumah semula dan lebih kurang tghri dlm kol 3 ptg kami menerima kunjungan tetamu pertama. So dapatlah tetamu yg istimewa itu menjamah ketupat rendang yg still fresh. hehe..from then onwards, kami menerima kunjungan tetamu2 lain yg terdiri daripada sedara mara yg rapat, adik beradik mak dan abah sendiri la selalunya....sampai la ke mlm melepak umah kami...syok jugak, sbb bnyk sgt yg dibualkan..biasa la, raya2 ni la time nk berkumpul dan update diri memasing dan time ni la perbualan2 kontroversi semasa dibahaskan....hahaa
antara sepupu2, mak2 and pak2 sedare yg hadir
2 comments:
apekah bahase u pakai ni madu? urdu?
wakakak...aida...ape ko tulis ni..ko tulis bahasa jerman ke???x dapek den nk bacoooo....
ko dh balik mesia ek??dh keje sini ke??lama x berkontek kan...;p
samat ari rayer!!
Post a Comment