Wednesday, May 23, 2012

Hazim is 1 yr old!

Three days ago, on 20th May 2012, was Hazim's 1st birthday, but ummi x smpt nk buat ape2 celebration for u my dear, tp i believe if you know, u would very happy knowing the fact that both nenek and atuk, uncles n aunts were at our home during your birthday...dengan x dirancang, ada potong2 kek during breakfast (thanks uncle najib for the cake), had a good time looking at you enjoying the new toys (thanks to nenek, atuk, dada, dadi, aunts and uncles)....hazim likes the presents very much!

we are happy for u hazim, skrg dah besar, dah boleh jalan terkedek2..hehe, gigi pun baru tumbuh..good boy anak ummi ni....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 03, 2012

angry birds n hazim


Published with Blogger-droid v2.0.4

main nyorok-nyorok ngn abah


such a happy boy..

Published with Blogger-droid v2.0.4

hazim tlg ummi 'lipat' kain


hazim..hazim...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 09, 2012

anak ummi dh almost 10 mths....


Hazim masih sleepy....enjoying the song....



Happy Hazim....kene sakat ngn abah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 08, 2012

9months hazim








Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 17, 2012

Semakin lama semakin hilang, tapi boleh kembali

Pernahkah terfikir, kita dicipta utk apa? kenalkah kita dgn Pencipta kita? Bersediakah kita apabila dikembalikan kepada Pencipta, menjawab segala amal perbuatan yg tlh kita lakukan...yg paling utama apakah yg tlh diperbuat untuk menegakkan agamanya..Islam, satu-satunya agama yang diredhai. Sudah tertegak dengan kukuhkah agama Islam yg bermaksud sejahtera ini? Sejahterakah bumi ini...? Masalah makin bertambah...jenayah, masalah sosial, dll...di mana silapnya lagi? Jadi sejahterakah umat di muka bumi? Sedangkan berasa takut hidup di tanah sendiri? Kembali kepada sejarah, bandingkan kesejahteraan bumi antara sekarang dengan pada zaman-zaman khalifah, zaman Islam berada di atas...berbezakan?

Boleh kah kita sbg umat Islam jawab persoalan2 ini..lagi sedih, terlintaskah di fikiran kita bahawa ini adalah masalah? Atau tak kisah ianya berlaku? Sebenarnya penyelesaiannya terkait secara langsung dengan tujuan kita dicipta...'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdi kepada-Ku' surat adh-dzariyat ayat 56 (51:56). Sejauh mana terikatnya (akad) kita dengan Pencipta, beribadah (mengabdi) kepada Allah...ya, akidah! tauhid! keterikatan dengan pencipta...sesungguhNya ia perkara yg 'measureable'...akidah dan ketauhidan...perkara ini yang semakin lama semakin hilang yang menyumbang permasalahan kemanusiaan sejagat...terlalu banyak yang nak dikongsi...terlalu bnyk kalau nak diceritakan...selamatkan akidah kita dan zuriat2 kita....! Dengan arus kemodenan kini, cabaran adalah besar...tp yakinlah ia boleh kembali, hawa nafsu perlu dilawan...Kembalikan keterikatan dengan Maha Mencipta....Dimanakah peranan al-Quran dan As-Sunnah dalam diri kita? Sesungguhnya ini bukan perkara main-main dan perkara ini adalah utk difikirkan dgn menggunakan akal yg diberi....Islam perlu dimenangkan...Allahuakbar...

p/s- Are you the one who care?
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 30, 2012

3 Mac 1924 - Pemisahan Agama Islam Daripada Negara KHILAFAH

Sumber: http://www.arrayah.info/2010/03/3-mac-1924-pemisahan-agama-islam.html

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara"

Sedikit sorotan sejarah buat renungan kita semua. Sama-sama kita hayati kisah di bawah...

Tampuk pemerintahan khilafah beralih kepada Turki Uthmaniah, yang terkenal dengan kecanggihan dan keteguhan dari segi ketenteraannya. Kemuncak kegemilangan ini diwarnai dengan pembukaan kota Constantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun tamadun itu – yang begitu kuat, berpengaruh serta makmur selama 13 abad – menjadi begitu mundur, dan tertindas. Apakah sebenarnya yang menjadi punca segala kemunduran ini?

Ia boleh diketegorikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran:

Faktor Dalaman

1) Pengabaian Bahasa Arab

Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahim umat Islam dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Uthmaniah tradisi itu ditinggalkan, kononnya agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa bahasa Arab sebagai penghalang.

Akibatnya di negeri-negeri yang belum berbahasa Arab, bahasa Arab menjadi “hak istimewa” segolongan kecil elit terpelajar sahaja, sedangkan bagi umat, khazanah ilmu dalam bahasa Arab menjadi tertutup. Kitab-kitab Arab menjadi “kitab rahsia” yang suci dan kalimat-kalimat Arab hanya menjadi mentera-mentera sakti (e.g. dalam aktiviti menghalau hantu).

2) Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir

Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak boleh lagi dikeluarkan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sahajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya boleh dikeluarkan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid boleh benar-benar memahami sumber-sumber syar’i.

Akibat mundurnya proses ijtihad, daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga dunia Islam dikejutkan dengan revolusi industri di Barat.

3) Kemasukan pemikiran-pemikiran asing

Sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam.

Akhirnya, fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dan lain-lain).

4) Perpecahan di kalangan umat Islam

Sempadan Daulah Islam ketika empayar Islam Uthmaniah adalah sungguh besar, sehingga menguasai satu pertiga dunia. Khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi dan kemampuan yang ada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan
muncul sultan-sultan di setiap wilayah Islam (seperti Sultan di Arab Saudi, Jordan, Delhi).

Umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-pecah. Umat Islam memikirkan tanggungjawab mereka ke atas penderitaan umat di wilayah lain hanyalah pada doa dan sedekah harta yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme (e.g. Semangat Turki, KeAraban, India, dsb) mulai menyerap masuk di kalangan umat dan menyemarakkan lagi perpecahan dunia Islam. Akhirnya, wilayah-wilayah Islam merasakan mereka dijajah oleh Khalifah Turki Uthmaniah lalu memerdekakan diri mereka daripada Daulah Islam.


Faktor Luaran


1) Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat

Daulah Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kufar. Negara-negara kuffar seperti Rusia, Britain dan Perancis adalah musuh ketat Daulah Islam Turki Uthmaniah. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam bermula dari Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan Daulah Islam Turki Uthmaniah mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.

2) Konspirasi Politik dan Kebudayaan

Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Missionari telah dihantar ke dalam Daulah Islam untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan Daulah daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Atarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Atarturk). Agen-agen ini berpakat dengan Barat terutamanya Britain untuk memaksa Khalifah menerima pakai perlembagaan dan undang-undang secular, kemudian membuang hukum-hukum Islam termasuk hudud.

3) Kebangkitan Nasionalisme dan Sekular

Kaum Muda Turki berjaya menyebarkan pengaruh mereka di dalam masyarakat dan umat Islam ketika itu. Pengaruh Kamal Atarturk memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan mereka ini. Dengan bantuan British, Kamal berjaya menjadi ’hero’ Perang Dunia Pertama dan meraih sokongan umat. Dalam masa yang sama, British juga membantu pejuang Nasionalis Arab pimpinan Syarif Hussain memberontak terhadap Turki Uthmaniah.

Thursday, January 26, 2012

Let's think...

To be honest, sy tgh mereducekan aktiviti di laman-laman sosial sbb tiba-tiba rasa kewujudan laman-laman ni macam ada udang di sebalik mee......:P. Nak tambah aplikasi lagi? hmm, what is actually the hidden agenda ek...selidik...dan fikir...challenge your mind! Allah kasi akal utk berfikir...gunakanlah sebaiknya dn jgn disia-siakan lg..sedar tak sedar, sbnrnya too many things kita dh sia-siakan akan nikmat yg diberi kpd manusia...wallahualam

----------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan dari kosmo online 20.1.12:

Facebook perkenal 60 aplikasi

PENGARAH Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen memberi penerangan mengenai aplikasi Timeline di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin.

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.

"Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda," kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, Ben Silbermann berkata, satu laman di Facebook itu membenarkan para pengguna untuk mewujudkan koleksi maya.

Menurutnya, para pengguna dengan mudah boleh meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahu berbuat demikian.

Majlis penerangan aplikasi itu untuk media diadakan di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin di sini. - Agensi

Wednesday, January 25, 2012

Kawan di akhir zaman

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

Dipetik daripada blog ini...http://alter-elnino.blogspot.com/2011/10/kawan-akhir-zaman.html

Sgt menginsafkan....
hope to find that kind of friends more and more, the kind who reminds us of Allah and life hereafter.......

Wednesday, January 04, 2012

Abdi adalah kata dasar kepada Ibadah

Surah Adh-Dhariyat, Verse 56: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Indonesian) via iQuran

...Sesunguhnya Allah lah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, tidakkah kita bersyukur? Dan manusia itu adalah hamba Allah...apa yang semua orang faham pasal hamba, kalau dah namanya hamba, kena ikut tuan....taat perintah tuan...jadi wajib utk manusia bersyukur dan menyerah diri, tidak timbul isu rela atau tidak, 'wajib' sentiasa ingat dan akur pada arahan PenciptaNya, pada perintahNya, kehendakNya setiap masa dan setiap ketika...perbuat sesuatu tidak fikir lain kecuali Dia...barulah semua yang diperbuat dikira sebagai Ibadah.....supaya yang tidak dilakukan adalah sia-sia, perkara yang dilakukan itu hendaklah apa yang disyariatkan oleh Allah, Yang Maha Mencipta....bukan kehendak diri sendiri yang selalunya akan diterajui oleh hawa nafsu yang sememangnya akan 'kontra' dengan apa yang disyariatkan itu.....rujukan utama adalah al-Quran dan Sunnah Rasul....tidak ada pengecualian!

...Ya Allah, mulai saat ini, ketika ini..semoga Kau mudahkan perjalananku dalam proses pengabdian diriku ini sepenuhnya kepadaMu dan semoga Kau redha dengan perbuatanku...Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, December 21, 2011

Gaya Mini monster mkn jagung rebus

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, December 20, 2011

budak kuat with diaper

Published with Blogger-droid v2.0.1